Sama Cantik & Sama Padan! Peminat Sokong Nabila Razali Duet Dengan Khai Bahar

Terkenal dengan lagu ‘Pematah Hati’, Nur Nabila Mohd Razali atau lebih mesra disapa dengan Nabila merupakan penyanyi dan pelakon drama. Nabila menceburi industri hiburan dengan menyertai rancangan Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), sebaris dengan penyanyi seperti Faizul Sany, Hael Husaini, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima.

Baru-baru ini, dia telah berkongsi satu video di laman instagram miliknya, @nabila.razali. Video tersebut merupakan video nyanyian duet bersama penyanyi lelaki Malaysia, Khai Bahar.

Sepadan Kalau Duet

Menerusi video dikongsi, terlihat Nabila dan Khai menyanyikan lagu dari negara jiran yang bertajuk ‘My Heart’ yang pernah dipopularkan oleh penyanyi asal Irwansyah dan Acha Septriasa suatu ketika dahulu. Rata-rata peminat memuji nyanyian Nabila dan Khai.

Sedap suara nabila..ada improvement

dah banyak kali ulang bestlah korang

Salam, waauu, sweetnya Bella dgn khai Bahar, best nya korang nyanyi lagu nie- puji netizen

VIA Instagram nabila.razali

Peminat turut menyokong sekiranya mereka berdua berduet dan mengatakan mereka memang serasi dan sepadan.

Akk on kalu duet Khai-Bella

Nabila nampak serasi dgn khai sama cantik sama padan.

Kita on jerr kalau duet

VIA Instagram nabila.razali

“Buatla Cover Penuh”

VIA Instagram nabila.razali

Murai My tertarik dengan komen- komen peminat yang meminta mereka membuat cover penuh untuk lagu tersebut. Ada juga yang ingin mereka  memperbaharui dan jadikan lagu My Heart versi mereka.

Full cover pls! Upload kat smua music stream! Siapa agree pls like!

Release as a remake!

best. Nak lagi..tak puas la sikit sangat- komen peminat

VIA Instagram nabila.razali
VIA Instagram nabila.razali

Sekadar info, Nabila menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibik Aku Nak Berak (2013) dan Ustaz Baru Nak Start (2016). Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar.

Menggalas watak utama Wafeen Wardah, lakonannya mendapat reaksi positif dari peminat. Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul “Pematah Hati” dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Aedy Ashraf, Yaya Zahir dan Adriana Adnan.

The post Sama Cantik & Sama Padan! Peminat Sokong Nabila Razali Duet Dengan Khai Bahar appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.