‘Saya ambil vaksin sebab nak jaga kesihatan’

[email protected]

Shah Alam: “Saya sudah 83 tahun, saya mahu jaga kesihatan dan kekal sihat sebab itu saya ambil vaksin, masa kena cucuk tidak rasa sakit.” Demikian perkongsian salah seorang dari 400 warga emas yang menerima dos suntikan pertama di Pusat Perubatan MSU (MSUMC) di Seksyen 13, di sini. semalam

Wanita warga emas yang dikenali sebagai Lee Thai, 83 dari Petaling Jaya ketika ditemui selepas menerima vaksin kelihatan ceria dan menyifatkan suntikan itu sebagai langkah pencegahan untuk dirinya.

“Saya tidak takut atau tidak risau sebab ramai orang sudah divaksin di seluruh negara dan dunia.

“Tidak sakit pun diberikan suntikan. Lagipun saya selalu jaga kesihatan, buat senaman ringan setiap hari untuk sihat, ” katanya yang akan menerima suntikan kedua pada 15 Jun depan.

Sementara itu, Romayyah Hassan, 68 dari Alam Impian pula berkata, pemberian vaksin secara percuma oleh pihak kerajaan mendorongnya untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan suntikan semalam.

“Kerajaan sudah bagi peluang, lebih baik kita datang untuk ambil suntikan vaksin yang diberikan secara percuma sebab jika tidak ambil sekarang dibimbangi pada masa akan datang kena ambil vaksin berbayar pula.

“Lagipun suntikan ini baik untuk semua sebagai usaha kita untuk langkah pencegahan, bukan sakit pun.. sebab itu saya ambil, kebetulan anak saudara bekerja di MSU yang daftarkan saya.

“Ada yang cakap, sakit apabila disuntik tetapi saya Alhamdulillah.. tiada rasa apa-apa kesakitan, kata orang macam kena gigit semut tapi bila sendiri kena suntik tiada apa rasa sakit,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Pengasas MSUMC, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, pusat perubatan MSU yang semalam menerima 400 warga emas pada hari pertama proses vaksinasi kumpulan orang awam.

Katanya, selaku pusat pemberian vaksin swasta, pihaknya berbesar hati membantu kerajaan untuk menjadikan proses vaksinasi secepat mungkin dalam usaha membendung penularan Covid-19.

“Program ini memberi peluang MSUMC bantu lebih ramai komuniti terutamanya warga emas bagi mendapatkan suntikan vaksin. Kementerian Kesihatan (KKM) meminta MSUMC melaksanakan 400 dos setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

“Saya berharap, mereka yang sudah menerima notifikasi MySejahtera, datang ke MSUMC ini dengan tepat pada masa temujanji yang dijadualkan bersama dokumen yang diperlukan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.