“Saya Hargai…” – Janna Nick Titip Ucapan Penghargaan Buat Pihak Yang Menyokong Kariernya

Baru-baru ini, nama penyanyi dan pelakon, Janna Nick menjadi bualan ramai selepas dikatakan ‘miming’ ketika siaran langsung Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Saya Hargai Setiap Dari Kalian..”

Menerusi hantaran di Instagram, Janna menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang sentiasa menyokong kariernya.

“Last night was fun. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong karier seni saya.

Saya hargai setiap dari kalian, Thank you pihak penganjur kerana mengiktiraf saya yang kerdil dalam industri muzik. I will do my best & i’ll do better next time.”-Tulis Janna

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dibanjiri Komen Peminat

Di ruangan komen, rata-rata peminat tampil memberikan kata-kata semangat buat Janna, malah ada yang mendoakan agar penyanyi dan pelakon ini diberikan kesembuhan dengan cepat disebabkan kesihatan terganggu dan jangkitan Influenza beberapa minggu yang lalu.

“Cantik betuii. U’re always the best! Sayang awakkk. Cepat-cepat sembuh ya.”

“Kami sentiasa ada! Congrats again team MV Gatal.”

“Awak cantik sangat malam tadi tau tak! GWS kak Janna sayang! Rehat secukup-cukupnya okay.”

“Award tu tanda Janna kena terus berkarya. I’m always here supporting you no matter what happens.”

Sekadar info, Janna membawa pulang trofi kategori Muzik Video Terbaik menerusi lagu Gatal arahan Chuan Looi.

The post “Saya Hargai…” – Janna Nick Titip Ucapan Penghargaan Buat Pihak Yang Menyokong Kariernya appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.