Sebak rasanya ziarah adik 12 tahun yang viral jual cendawan di Masai Johor. Adik ni memang orang Johor. Masih kecil ta…

Sebak rasanya ziarah adik 12 tahun yang viral jual cendawan di Masai Johor.

Adik ni memang orang Johor. Masih kecil tapi sifat dan akhlaknya baik sangat. Sangat beradab orangnya. Rajin berusaha. Berdiri tegak suka tunduk dan sesekali senyum. Perkataannya lembut je. Tinggal berdua dengan ayahnya. Ayahnya kerja baiki kereta. Tapi adik ni memang saja cari duit sendiri dan semangat nak berniaga selalunya lepas waktu sekolah dan hari cuti. Berani jual dari rumah ke rumah dan kadang-kadang di Petrol Pam. Katanya kadang habis kadang tak habis.

Hand phone adik ni dah pecah. Saya hadiahkan hand phone baru buatnya. Gembira sangat adik ni. Masa bagi duit pun muka terkejut dan menangis. Terkesan bila adik ni pulang semula duit yang saya bagi masa dalam kereta. Katanya banyak sangat ni. Saya kata adik simpan buat sekolah. Bawa beli baju dan kasut. Adik ni suka warna biru.

Ziarah rumahnya. Ayahnya ada buat kerja repair sikit-sikit kereta orang dirumahnya. Ayahnya dah 60an. Sampai rumah ayahnya peluk saya. Terima kasih ustaz ziarah anak saya ni. Gembira dapat jumpa. Beri sedikit hadiah buat ayahnya.

PertubuhanKasihUmatMalaysia
cimb bank 8603546376

Read More

Sumber Instagram: Ustaz Ebit Lew (@ebitlew)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

close