Sebak sayu rasanya pagi ni ke Alor Setar ziarah keluarga arwah 3 beranak yang ditemukan lemas berpelukan dalam kereta . Sedih terkesan melihat cinta seorang ibu sehingga disaat akhir sedang berpelukan dengan kedua anaknya.
Adik baju hijau ni rindu ibunya dan 2 adiknya. Ya Allah. Berat ujianmu adik. Ayahnya pun menangis jer jumpa saya tadi. Beliau pun sebelum ini setahun terlantar kerana kemalangan.
Ziarah kubur mereka. Katanya, adik selalu rindukan mak dan sentiasa doa nak jumpa mereka dalam syurga Firdaus. Adik baju hijau ini kini tinggal membantu ayahnya uzur. Tak berhenti ucap terima kasih kerana hadir jauh memberi semangat.
Ya Allah ampunkanlah dan sayangi arwah ustazah dan 2 anaknya. Ya Allah beri kekuatan untuk ahli keluarganya yang ditinggalkan ini. Allah sayang pada mereka.
Sumber Instagram: Ustaz Ebit Lew (@ebitlew)