Sedap! Syafie Naswip Kongsi Lokasi Makan Viral Dalam “Syurga Kulinari Malaysia” Di TV Okey

Pelakon Syafie Naswip muncul sebagai hos program terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memilih dan memperkenalkan satu persatu ‘Restoran Yang Mesti Dikunjungi’ di seluruh negara.

Mempunyai 13 Episod

13 episod program travelog ini diberi tajuk “Syurga Kulinari Malaysia” yang sedang bersiaran setiap Jumaat, pukul 11.00 pagi menerusi saluran TV Okey (Astro 146 /Myfreeview 110).

Dalam setiap episod program ini pastinya bermanafaat buat orang ramai yang mencari tempat lokasi makan menarik, viral, unik dan paling penting sedap rasanya. Lokasi pilihan perjalanan ialah sekitar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Memberi Idea Untuk “Food Hunter”

via RTM

Syafie Naswip akan berkunjung ke tempat makan dipilih dalam Semenanjung Malaysia bagi memberikan idea kepada penonton untuk menikmati masakan yang sedap sekiranya mereka berkunjung ke setiap tempat di dalam negeri yang dipaparkan.

Pastinya perkongsian info ini juga sebagai pilihan kepada penonton yang merupakan “food hunting” dalam menyenaraikan restoran yang boleh dikunjungi mereka.

Dibawa Kedapur Untuk Belajar Resepi

Pelbagai jenis makanan dipaparkan sepanjang rakaman program ini. Di samping itu, hos juga akan belajar memasak resepi istimewa dengan melihat demo masakan yang dilakukan oleh tukang masak.

Syafie Naswip dibawa ke rumah atau ke dapur restoran untuk melihat proses bagaimana sesuatu masakan itu dihasilkan. Kesimpulannya negara kita Malaysia sememangnya merupakan syurga makanan.

The post Sedap! Syafie Naswip Kongsi Lokasi Makan Viral Dalam “Syurga Kulinari Malaysia” Di TV Okey appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.