Selain 30,000 Tawaran Pekerjaan, Banyak Lagi Aktiviti Menarik Di Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022

Prihatin terhadap isu pengangguran dan jurang yang wujud antara penawaran dan permintaan pekerjaan di negara ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 khusus untuk seluruh Keluarga Malaysia.

Dari 23 hingga 27 Julai 2022 di WTC

Ekspo kerjaya ini akan diadakan selama lima hari dari 23 hingga 27 Julai 2022 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Ia bakal menjadi karnival pekerjaan terbesar dan julung kali diadakan pada tahun ini bagi mencapai sasaran Kerajaan untuk mencipta 600,000 peluang pekerjaan melalui ‘Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia’ di
bawah Bajet 2022.

One Stop Employment Solution

Berkonsepkan ‘One Stop Employment Solution’, ekspo ini bermatlamat menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan di seluruh negara oleh para majikan di bawah satu bumbung.

30,000 kekosongan jawatan

Terdapat lebih 30,000 kekosongan jawatan daripada pelbagai kategori dan sektor pekerjaan termasuk profesional dan pengurusan untuk diisi oleh pencari kerja di ekspo kerjaya ini dengan penglibatan kira-kira 1,000 majikan termasuk sektor ekonomi gig, keusahawanan dan penyedia latihan yang menyediakan program ‘Place and Train’. Petronas, ExxonMobil, UMW Holdings, MBSB Bank dan RHB Bank adalah antara majikan yang akan menyertai ekspo ini.

Pelbagai aktiviti menarik

Selain inisiatif padanan dan penempatan pekerjaan, ekspo kerjaya ini turut akan diisi dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik kepada pencari kerja dan pengunjung yang hadir. Antaranya ialah;

Kaunseling kerjaya
Bantuan penyediaan resume,
Pertandingan e-Sport,
Debat Institut Pengajian Tinggi (IPT),
Ceramah kebolehpasaran pekerjaan serta pameran oleh agensi-agensi Kerajaan seperti Tekun Nasional, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Selain itu, Program Ideathon bagi penghasilan aplikasi khusus buat Orang Kurang Upaya (OKU), sesi perkongsian bagi pembangunan usahawan, demonstrasi ‘cloud kitchen’, jualan Food Truck dan RTWprenuers dan persembahan oleh penghibur jalanan (busker) dan ‘Youth Icon’ juga akan turut berlangsung.

Bersempena dengan ekspo kerjaya ini juga, satu program career exploration dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dianjurkan khas untuk pelajar-
pelajar di peringkat sekolah menengah bagi membantu mereka mengenal pasti bidang kerjaya dan potensi pekerjaan yang bersesuaian dengan minat mereka.

Perkhidmatan pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma

Pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma dan menikmati tawaran diskaun istimewa bagi saman di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hadiah Cabutan Bertuah

Tambahan lagi, pengunjung turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti cabutan bertuah seperti motosikal, komputer riba, telefon pintar, televisyen dan sebagainya.

Sehubungan itu, PERKESO ingin menyeru semua rakyat Malaysia khususnya yang sedang mencari pekerjaan atau ingin meneroka peluang pekerjaan baharu untuk mengunjungi Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang akan diadakan.

Pra-pendaftaran

 

Orang ramai diminta untuk membuat pra-pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut berkaitan ekspo ini boleh diakses melalui pautan www.myfuturejobs.gov.my/careerfair. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau 03-80915300 atau e-mel ke [email protected]

The post Selain 30,000 Tawaran Pekerjaan, Banyak Lagi Aktiviti Menarik Di Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.