Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
Entertainment

“Selalu Sebut Jangan Hina Agama Orang” – Firdaus Wong Terkilan Ada ‘Non-Muslim’ Pertikai Hukum Islam?

Umum sedia maklum sebarang isu berkaitan dengan hukum hakam agama merupakan perkara yang sensitif di Malaysia, apatah lagi jika hal tersebut disentuh oleh golongan yang bukan menganuti agama yang diperkatakan tersebut.

Baru ini Murai MY menjengah ke Instagram Firdaus Wong, di mana dalam muatnaik terkini milik pendakwah bebas terkenal ini mencuri perhatian ramai di media sosial beliau.

“Ada Udang Di Sebalik Mi?”

Firdaus Wong memuatnaik dua tangkap layar berita dari portal berbahasa cina di laman Facebook media tempatan.

“Dalam dua minggu ini, portal berita berbahasa cina, China Press telah melaporkan dua berita tentang soal jawab dari ustaz Azhar Idrus. Tiba-tiba mereka berminat pula dengan sesi soal jawab Islam. Ada udang di sebalik mi?

Pada 10 Ogos 2022, tajuknya: ‘Pendakwah Islam: Minum Susu Isteri Tidak Haram’

Pada 16 Ogos 2022 pula, tajuknya: ‘Zakar pendek, halal dipanjangkan! Daie Islam: Haram kalau nak kekal lama” Tulisnya

Pertikai Hukum Islam

Dalam entri yang ditulis Firdaus

, beliau mendedahkan bahawa ramai pengguna media sosial memberi komen yang tidak baik dan mempertikaikan hukum Islam berdasarkan berita yang dilaporkan oleh portal berkenaan.

Menurut Firdaus, segala jawapan yang diberi oleh ustaz Azhar Idrus semasa sesi soal jawab adalah berdasarkan dari segi hukum agama Islam.

Namun ramai golongan bukan muslim memandang serong dan mempertikaikan hukum Islam, sedangkan mereka sering menyebut agar tidak menghina agama orang lain. Susulan itu, Firdaus menganggap mereka hipokrit kerana masuk campur tentang agama Islam.

“UAI menjawab soalan yang dikemukakan dari segi hukum Islam. Namun di ruangan komen, terdapat ramai golongan belum muslim yang mempertikaikan hukum Islam.

Golongan belum muslim selalu sebut jangan hina agama orang dan jangan masuk campur hal agama orang. Namun di dalam hal Islam pula mereka masuk campur.

Jikalau ini bukan hipokrasi, perkataan apa lagi yang sesuai?” Coretnya

via Instagram Firdaus Wong

Melihat entri terakhir yang ditulis Firdaus, pihaknya sedang memantu ruangan komen dan menangkap layar komen yang menghina dan mempertikaikan tentang hukum agama Islam. Menurut pendakwah ini lagi, beliau juga bakal mendedahkan komen-komen tersebut akan datang.

The post “Selalu Sebut Jangan Hina Agama Orang” – Firdaus Wong Terkilan Ada ‘Non-Muslim’ Pertikai Hukum Islam? appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version