SELANGKAH sangkal dakwaan CITF

[email protected]

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan sistem pengesanan kontak Kerajaan Selangor, Selangkah Ventures Sdn Bhd (SELANGKAH) menafikan dakwaan pihaknya terbabit melakukan tempahan slot vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan penerima vaksin.

Ketua Pegawai Eksekutif SELANGKAH, Tengku Iesta Tengku Alaudin, menegaskan dakwaan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) itu tidak mempunyai asas sama sekali.

Malah, katanya, SELANGKAH tidak pernah dihubungi oleh CITF bagi membincangkan isu berkenaan, dan sedia mengambil tindakan undang-undang terhap pihak yang mencemarkan imej syarikat itu.

“SELANGKAH menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan dakwaan yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“SELANGKAH menegaskan kami tiada tiada sebarang pembabitan berkenaan tempahan slot vaksin AstraZeneca seperti yang didakwa.

“Kami juga tidak pernah dihubungi CITF berhubung perkara ini seperti yang didakwa.

“SELANGKAH tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan dakwaan palsu yang bertujuan mencemar reputasi kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, CITF dalam satu kenyataan mendakwa ada individu mendapat slot tempahan janji temu vaksin AstraZeneca kerana didaftarkan tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

CITF mendakwa sudah menghubungi satu pihak yang membuat tempahan slot dalam jumlah yang banyak iaitu SELANGKAH.

Antara lain, ia dikatakan mengaku membuat tempahan vaksin AstraZeneca tanpa terlebih dahulu membuat semakan sama ada individu dalam pangkalan data ImuniSEL setuju untuk menerima vaksin berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.