Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

“Selepas Usaha Panjang Akhirnya Kami Disatukan” – Nadir Al-Nuri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pastinya lebih Bahagia buat Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman apabila akhirnya dapat menyambut lebaran bersama keluarganya di Malaysia.

 

Melalui perkongsiannya di Facebook, Nadir berkata banyak usaha yang dilakukan pelbagai pihak selama beberapa bulan untuk membawa keluarganya dari Palestin ke Malaysia.

“Selepas usaha panjang, akhirnya kami disatukan.

“Perbincangan beberapa bulan, pendapat ramainya ulama dan paling penting doa kalian.

“Banyak yang perlu kami ceritakan, hero yang perlu kami dendangkan tetapi buat masa ini biarlah kalian beraya sehingga esok lusa,” katanya pada Rabu.

Bagaimanapun, menurut Nadir pelbagai pihak yang banyak membantunya merealisasikan ‘misi gila’ ini akan diceritakan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Nadir terpaksa meninggalkan Gaza susulan beberapa urusan di Malaysia sebelum konflik Israel-Palestin berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.

 

Read More

Sumber Web: The News Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version