SEMINAR SAHAM DI RUMAH

[email protected]

Kuala Lumpur: Vega Hermosa International Sdn Bhd bersama Datuk Dr Nazri Khan menawarkan seminar saham terbesar di Malaysia iaitu Menang Saham bersama DDNK secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Vega Hermosa menerusi kenyataan berkata, seminar berkenaan berlangsung selama lapan jam pada setiap sesi dan akan dikendalikan oleh Datuk Dr Nazri Khan.

Menurutnya, seminar ini bertujuan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menerusi penyertaan seminar ini, orang ramai berpeluang untuk menjana pendapatan dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan hanya duduk di rumah.

“Setiap peserta bakal mendapat ilmu terbaik dan terhebat secara santai yang disampaikan dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat.

“Setiap ilmu, teknik dan strategi pelaburan saham yang bakal didedahkan mempunyai hasil yang sudah terbukti dan berjaya melahirkan ribuan pelabur saham berjaya dari dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara kelebihan menyertai seminar ini adalah peserta dapat menjana pendapatan lebih tanpa mengira keadaan pasaran saham dengan modal serendah RM10.

Dalam pada itu, peserta yang menyertai seminar saham itu turut berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga RM120,000 menerusi Peraduan Daftar, Belajar dan Menang.

Hadiah yang ditawarkan diberikan secara cabutan bertuah dan terbuka kepada rakyat Malaysia, tertakluk kepada terma dan syarat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.