Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-yTFTFe.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-yTFTFe.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Semua kaunter TH ditutup kecuali bagi urusan kritikal

[email protected]

KUALA LUMPUR: Semua operasi kaunter perkhidmatan Lembaga Tabung Haji (TH) ditutup sementara mulai esok sehingga ke satu tarikh dimaklumkan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad, berkata bagaimanapun urusan perkhidmatan dibenarkan adalah janji temu bagi perkara kritikal seperti pindahan simpanan dan pindahan telegrafik melebihi had harian di saluran dalam talian, pembatalan haji serta tuntutan pusaka dan hibah amanah yang mendesak.

“Sepanjang tempoh ini, pendeposit dan orang ramai yang ingin membuat urusan kritikal itu di cawangan perlu memohon janji temu dengan melayari laman web www.tabunghaji.gov.my.

“Janji temu yang dilakukan sebelum 31 Mei 2021 adalah terbatal secara automatik dan perlu dibuat semula bagi urusan kritikal saja.

“Kehadiran di cawangan tanpa membuat janji temu adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Mustakim menyarankan pendeposit melakukan transaksi melalui platdorm dalam talian yang disediakan menerusi aplikasi THiJARI.

Katanya, pendeposit boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui FPX secara masa nyata, selain boleh membuat arahan pindahan simpanan tetap secara bulanan melalui e-Mandate FPX.

“Pendeposit juga boleh melakukan transaksi di mesin pengeluaran tunai automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan perbankan internet empat rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.

“Selain itu juga, pendeposit boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui JomPay di perbankan internet bank masing-masing,” katanya.

From: Mohd Iskandar

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.