“Sentiasa Waspada Tutup Cermin Tingkap”- Video Ragut Dalam Kereta, Warganet Jadikan Pengajaran

Sekarang kita sering dikejutkan dengan berita kes ragut yang kini semakin berleluasa. Namun kes ragut ini bukan sahaja boleh berlaku terhadap pejalan kaki malah sewaktu berada di dalam kesesakan lalu lintas pun boleh berlaku.

Tular di media sosial satu video yang dikongsikan di akaun tiktok @alamwakaka mengenai kes ragut yang baru lagi berlaku di Malaysia. Video tersebut telah menjadi perhatian sehingga ramai yang mengambil pengajaran daripada video tersebut.

Ragut Di Jalan Raya

@alamwakaka

KASI SHARE BAGI ADIK BAWAK MOTO NI FEMES. Kalau boleh tag dia sekali. Tipu ah kalau dia takde tiktok. #fyp #xfoloxlayan #alamalisyachannel #xyzbca #fypシ

♬ original sound – Alam Wakaka – Alam Wakaka

Menerusi video tersebut, berlakunya kes ragut ketika di atas jalan raya yang mana perlakunya menaiki motor. Peragut tersebut bergerak dari belakang menuju ke arah kereta yang telah menjadi targetnya dengan menaiki motorsikal dan terus meragut barang di dalam kereta tersebut. Tingkap kereta tersebut dalam keadaan terbuka dan seolah-olah memudahkan lagi peragut itu meragut.

Ambil Pengajaran

Hasil tinjauan Murai My di ruangan tersebut, warganet menjadikan video tersebut sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati dan tidak leka ketika berada didalam kereta tidak kira dimana jua. Ada juga yang menyarankan supaya tidak membuka tingkap kereta sekiranya tidak menjadi keperluan.

satu je pesan tak payah la buka tingkap. Zaman sekarang keselamatan adalah utama. Sebab tu wujud Smart tag & RFID supaya kita tak buka tingkap. Bila kene camni urm..

sebab tu takut nak bukak tingkap..pernah kena sound dengan kawan, suruh on ekon je tiap kali drive..

Wehhhh mudahnya dia raguttt serammmm sebab tuu tak suka bukak tingkap naik kereta- Tulis warganet

VIA Tiktok alanwakaka

Pihak Murai My berharap agar semua rakyat Malaysia akan lebih berhati-hati dan sentiasa menitikberatkan tentang keselamatan masing-masing.

 

The post “Sentiasa Waspada Tutup Cermin Tingkap”- Video Ragut Dalam Kereta, Warganet Jadikan Pengajaran appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.