Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Serangan Israel bunuh 42 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza

GAZA: Serangan Israel semalam, membunuh 42 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, menjadikan ia tragedi korban terburuk sepanjang pertempuran maut yang berlangsung hampir seminggu.

Malah, tragedi berdarah itu berlaku ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mengadakan perbincangan mengenai konflik yang semakin meningkat serta turut mencetuskan kecemasan global.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, merayu supaya segera menghentikan keganasan yang dianggapnya ‘sangat mengerikan’ dan memberi amaran mengenai ‘keselamatan yang tidak terkawal dan krisis kemanusiaan’.

Bagaimanapun, mesyuarat majlis itu ditangguhkan oleh sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menggambarkan ia satu tindakan yang buruk.

Seramai 197 orang terbunuh di Gaza sejak Isnin, dalam insiden berbalas tembakan yang dianggap terburuk dalam tempoh beberapa tahun sehingga mencetuskan pergolakan di Baitulmaqdis.

Menurut pihak berkuasa, hanya 10 orang maut di Israel.

Pagi semalam, Israel bertindak menyerang lebih 90 sasaran menerusi ‘gelombang serangan berterusan’ dalam tempoh 24 jam lalu di wilayah pesisir pantai yang padat, dengan serangan didalangi Yahudi Zionis itu memusnahkan bangunan pejabat agensi media sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Angka kematian semakin meningkat di Gaza. Anggota penyelamat dilihat mengeluarkan mayat daripada sisa runtuhan dan ramai meratap kesedihan.

“Kami sedang tidur dan tiba-tiba ada roket menghujani kami.

“Anak-anak menjerit. Selama setengah jam kami diserang tanpa amaran awal. Kami keluar untuk mencari bangunan di sebelahnya yang ranap,” kata Lamia al-Koulak, 43, yang kehilangan adik-beradik dan anak dalam tragedi pengeboman pada waktu Subuh.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata kempen itu masih ‘memerlukan masa’.

“Kempen kami untuk melawan organisasi pengganas diteruskan dengan kekuatan penuh. Kami bertindak sekarang selama yang diperlukan untuk mengembalikan kedamaian dan keamanan kepada anda, rakyat Israel,” katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi stesen televisyen. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.