Serena teruskan pemburuan

Paris: Serena Williams meneruskan pencariannya meraih gelaran Grand Slam ke-24 selepas meraih kemenangan di pusingan ketiga Terbuka Perancis buat pertama kali sejak 2018 selepas kekalahan mengejut pilihan ketiga Aryna Sabalenka yang menyaksikan pemain Amerika itu menjadi satu-satunya pemain ranking tertinggi yang tinggal dalam undian utama.

Aksi pusingan ketiga lelaki menyaksikan pilihan kelima, Stefanos Tsitsipas dan Daniil Medvedev masing-masing menewaskan pemain Amerika John Isner dan Reilly Opelka.

Serena yang juga juara Roland Garros sebanyak tiga kali itu melepasi halangan mencabar di pusingan ketiga sebelum berjaya menewaskan rakan senegara Danielle Collins, 6-4, 6-4.

Dia akan menentang pilihan ke-21 dari Kazakhstan, Elena Rybakina dengan kemungkinan berdepan seteru lama Victoria Azarenka di suku akhir.

Serena, 39, masih kurang satu gelaran untuk menyamai rekod Grand Slam sepanjang zaman Margaret Court, melakukan tiga pukulan aces dan melebar rekod kemenangan kepada 22 ke atas Danielle.

“Hari ini sangat sukar tapi saya berbaik dengan baik, tetap fokus. Saya sangat gembira,” kata Serena yang bangkit daripada ketinggalan 1-4 di set kedua.

Pilihan kelapan itu menyaksikan satu lagi pesaingnya terkeluar daripada saingan pada Khamis lalu apabila pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty mengalami kecederaan pinggul ketika pusingan kedua.

Selepas Naomi Osaka menarik diri, Simona Halep tidak dapat beraksi kerana kecederaan dan kekalahan awal Bianca Andreescu dan Angelique Kerber, menyaksikan tiada seorangpun pemain yang pernah menewaskan Serena di final Grand Slam yang tinggal pertandingan itu sejak dia merangkul gelaran terakhir di Terbuka Australia pada 2017.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.