Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Sesi sekolah bermula 13, 14 Jun secara dalam talian

Have you seen this video?

Sesi persekolahan akan bermula 13 Jun dan 14 Jun ini selama 25 hari secara pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum cuti pertengahan penggal bermula 25 dan 26 Julai disebabkan situasi semasa jangkitan Covid-19 yang terus meningkat, kata Menteri Pendidikan Radzi Jidin.

Beliau berkata, negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 13 Jun hingga 16 Julai manakala bagi negeri-negeri lain dalam kumpulan B, sesi persekolahan akan bermula pada 14 Jun sehingga 26 Julai.

Beliau berkata, ketetapan itu turut digunapakai untuk sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat yang berdaftar dengan kementerian pendidikan.

“Ada yang bertanya apakah yang akan berlaku selanjutnya selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal?

“Kementerian pendidikan (KPM) akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurang seminggu sebelum sesi persekolahan dibuka berdasarkan situasi semasa itu,” katanya pada satu sidang media secara dalam talian hari ini.

Mengenai TV pendidikan, beliau berkata sehingga kini KPM akan terus menggunakan saluran Didik Tv, Ok Tv dan Astro Tutor Tv tanpa tambahan saluran lain.

“Kita akan teruskan dengan 15 jam waktu siaran setiap hari. Kita lihat dalam tempoh ini sokongan terhadap PdPR semakin hari semakin baik,” katanya.

MENYUSUL LAGI

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version