Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Siasatan menyeluruh kes kematian tahanan dalam lokap – KDN

fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa terbabit untuk memulakan siasatan secara menyeluruh berhubung kes kematian dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada 18 April dan 20 Mei lalu.

KDN dalam kenyataan media hari ini berkata, siasatan itu dibuat mengikut prosedur serta tatacara seperti yang ditetapkan oleh perundangan negara.

Kenyataan itu menyebut, KDN melalui PDRM juga bersedia untuk terus menambah baik prosedur operasi standard (SOP) mengenai penahanan suspek dalam lokap dari semasa ke semasa bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

Menurut kenyataan itu, semalam KDN menerima satu memorandum berkaitan perkara itu, daripada Ahli Parlimen dari Selayang, Klang dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor iaitu dari Taman Templer, Sentosa dan Rawang.

“KDN menegaskan segala siasatan berhubung kes itu dilaksanakan dengan menyeluruh, adil dan telus berlandaskan lunas perundangan sedia ada.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai semasa penugasan atau melakukan sebarang kesalahan yang mengakibatkan kejadian seumpamanya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kematian seorang peniaga susu lembu, pada 18 April, dan seorang pengawal keselamatan, pada 20 Mei lalu sehingga mencetuskan dakwaan penderaan oleh polis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version