Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-OYj2BH.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-OYj2BH.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Sindiket curi kenderaan tumpas

[email protected]

SUNGAI BULOH: Polis menumpaskan sebuah sindiket mencuri kenderaan yang menyasarkan kenderaan model lama, motosikal dan kerusi kereta jenis Recaro, menerusi Operasi Lejang Khas: Op Lee Honda dari 22 Mei hingga Selasa lalu.

Hasil operasi itu, 10 individu disyaki anggota sindiket berkenaan termasuk seorang wanita, berjaya diberkas di sekitar Rawang, Shah Alam dan Serendah, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata ia susulan siasatan terhadap satu kejadian mencuri kenderaan di Subang 2, Shah Alam, 12 April lalu.

“Hasil maklumat diperoleh serta risikan, kita melakukan beberapa serbuan di lapan lokasi berasingan sekitar Rawang, Shah Alam dan Serendah.

“Polis berjaya menahan 10 individu warga tempatan, termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 45 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Shafa’aton berkata, pihaknya turut merampas 13 kereta, dua motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Honda EX5, serta tiga kerusi kereta jenama Recaro dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000 dalam serbuan berkenaan.

“Sindiket terbabit menyasarkan kenderaan model lama meliputi jenis Honda Civic (Ferio), Proton Wira, Proton Satria, Proton Perdana dan Perodua Kelisa, selain motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Honda EX5, serta kerusi kereta jenis Recaro.

“Hasil siasatan mendapati kenderaan yang dicuri itu dileraikan dan komponen kereta dijual kepada pembeli berminat, manakala badan kereta dipotong sebelum dijual kepada kedai barang lusuh.

“Ada juga kenderaan curi yang digunakan sendiri oleh suspek,” katanya.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Jun tahun lalu dan disyaki terbabit 30 kes curi kereta, 19 kes curi motosikal serta 27 kes curi kerusi kereta jenis Recaro.

“Sindiket itu turut disyaki menjalankan kegiatan mereka di beberapa daerah lain, termasuk Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Serdang.

“Hasil semakan mendapati sembilan daripada 10 suspek yang ditahan itu memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Malah, seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai dalang kumpulan itu, mempunyai 25 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah, dadah (lapan) dan individu dikehendaki (dua),” katanya.

Shafa’aton berkata, pihaknya juga sedang mencari seorang individu dikenali sebagai Amir Zaidan Muhamad Shahril dengan alamat terakhir di Bukit Beruntung, Rawang, bagi membantu siasatan.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.