Sindiket tumpas, dadah hampir RM500,000 dirampas

Antara bungkusan berisi dadah yang dirampas dalam dua serbuan di kondominium dekat Taman Miharja, Seri Kembangan kelmarin. (Gambar Polis KL)

PETALING JAYA: Satu sindiket pengedaran dadah tumpas, selepas lapan individu ditahan dan dadah bernilai hampir RM500,000 dirampas dalam dua serbuan berasingan di kondominium dekat Taman Miharja, Seri Kembangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Adnan Azizon berkata, dalam serbuan pertama pada 1.49 tengah hari kelmarin itu, empat lelaki tempatan dan tiga wanita Vietnam berusia 23 hingga 32 tahun ditahan.

“Serbuan di sebuah lagi kondominium berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang mengaku menyewa rumah itu dengan bayaran RM1,500 sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berkata, sepasukan pegawai dan anggota JSJN Kuala Lumpur melakukan dua serbuan serentak dalam operasi khas pada 1.49 tengah hari.

Beliau berkata, hasil dua serbuan berkenaan, polis merampas dadah disyaki serbuk MDMA dianggarkan seberat 7.44kg, cecair MDMA sebanyak 12.15 liter, 450 biji pil ekstasi dan ganja seberat 15.14g.

Turut dirampas kereta Volkswagen Passat dan Perodua Axia, serta wang tunai berjumlah RM4,481.

“Siasatan awal mendapati sindiket itu mula aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak empat bulan lalu.”

Beliau berkata, semua suspek kini direman tujuh hari sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.