Skuter ‘adventure’

[email protected]

HONDA X-Adv yang diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 2018 semakin mendapat perhatian kerana konsep skuter ‘adventure’ uniknya itu.

Ia kini tampil dengan beberapa perubahan baharu dengan peningkatan kuasa enjin sebanyak 3KW dengan lebih 500 rpm pada garis merah meter.

Kekal dengan enjin 745cc sejukan cecair, empat lejang, SOHC, dua silinder selari, ia kini berkuasa 43kW pada 6,750 rpm dan tork dipertingkatkan sebanyak 1Nm menjadi 69Nm pada 4,750 rpm.

Untuk kelancaran, X-Adv dijana transmisi dwiklac (DCT) 6 kelajuan dan melalui kerangka rekaan baharu jenis berlian mengurangkan sehingga satu kilogram (kg) berbanding model sebelum ini.

Melalui nisbah gear 1, 2 dan 3 lebih pendek, ia menjadi lebih lancar.

Jentera ini juga datang dengan ‘Throttle By Wire’ (TBW) membolehkan karakter enjin dilaras mengikut empat mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Rain dan Gravel serta tambahan mod User yang boleh dilaras mengikut kesesuaian individu.

Sistem Kawalan Tork Boleh Pilih Honda (HSTC) kini didatangkan dengan tiga tahap boleh laras.

Untuk kemudahan penunggang, X-Adv 2021 dilengkapi meter TFT bersaiz lima inci serta Sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda (HSVCS) yang boleh disambungkan ke telefon pintar.

Rekaannya tampil lebih agresif dengan wajah lebih halus dan tajam terutama dengan lampu hadapan berkembar (LED) serta lampu nyalaan siang (DRL).

Ia juga datang dengan elemen praktikal untuk pelindung angin baharu, laci simpanan 1.2 liter serta storan bawah tempat duduk lebih besar kepada 22 liter.

Ciri-ciri lain seperti tongkat tengah dengan sensor kecondongan serta kunci pintar untuk menghidupkan enjin, penutup bahan api dan pelana.

Antara lain ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), brek cakera hadapan dan belakang serta fork hadapan terbalik gaya ‘cartridge’ 41 milimeter (mm).

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Kelabu Pearl Deep Mud, Merah Grand Prix dan Hitam Graphite.

Honda X-Adv 2021 dijual pada harga RM67,799 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km, yang mana lebih dahulu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.