Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Solskjaer mahu United lebih kuat

Manchester, United Kingdom: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menuntut pemilik kelab memperkuatkan skuad itu selepas kekalahan 1-2 kepada Leicester pagi ini iaitu keputusan yang sekali gus mengesahkan Manchester City sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Have you seen this video?

United di tangga kedua, perlu menewaskan Foxes untuk melengahkan kejuaraan City, atau meneruskan harapan tipis memintas pesaingnya, tetapi hasrat itu berkecai sebaik Luke Thomas membuka jaringan pada minit ke-10 di Old Trafford.

Mason Greenwood menyamakan kedudukan lima minit kemudian namun tandukan dari pertahanan Turki, Caglar Soyuncu pada babak kedua memastikan kemenangan Leicester yang seterusnya mengukuhkan kedudukan untuk tempat ke Liga Juara-Juara dan persiapan terbaik menjelang final Piala FA berdepan Chelsea di Wembley hujung minggu ini.

Kekalahan United meletakkan mereka 10 mata di belakang City dengan hanya sembilan mata berbaki mampu dikutip musim ini.

“Jika mahu mencabar mereka (City) kami perlu memperkuatkan skuad.” kata Solskjaer.

“Tahniah buat mereka. Mereka mengharungi musim yang hebat.

“Saya amat gembira dengan pemain-pemain saya yang berjaya sampai ke tahap ini.

“Kami mahu mengambil langkah seterusnya dan ia mungkin memerlukan beberapa pemain lagi untuk memperkuatkan skuad.”

Solskjaer bekas penyerang United itu berdepan cabaran dengan jadual tiga perlawanan dalam tempoh lima hari dan berjanji melakukan penggiliran pemain buat skuadnya.

Pengendali dari Norway itu membuat 10 pertukaran daripada skuad yang menewaskan Aston Villa 3-1, dengan hanya Greenwood pemain tunggal yang kekal dalam kesebelasan utama skuad itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version