Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Soniia masih belum buat keputusan

aida_adilah@hmetro.com.my

Have you seen this video?

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita profesional negara, Soniia Cheah menyambut baik jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjalani latihan berpusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM), bermula hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Soniia yang akan beraksi di temasya Olimpik Tokyo itu masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan menerima jemputan berkenaan atau sebaliknya.

Ini kerana syarat yang ditetapkan oleh BAM dengan menggunakan pendekatan gelembung sukan itu perlu difikirkan dengan sewajarnya.

Kata Soniia, sekiranya dia menerima jemputan berkenaan bermakna dia tidak dibenarkan keluar daripada ABM sehingga temasya Olimpik.

“Syarat yang ditetapkan kepada saya adalah sepanjang tempoh PKP hingga Olimpik saya tidak dibenarkan keluar dari ABM jika memilih menjalani latihan bersama.

“Tapi saya akan bincang dulu dengan jurulatih sebelum membuat keputusan,” katanya.

Selain daripada Soniia turut mendapat jemputan untuk menjalani latihan di ABM adalah beregu campuran negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Kini skuad badminton negara hanya perlu memberi fokus kepada latihan berikutan dua kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Tokyo – Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura sudah pun dibatalkan akibat Covid-19.

Untuk rekod Soniia kini berada di kedudukan ke-19 ‘Race To Tokyo’ manakala Peng Soon-Liu Ying berkedudukan tempat ketujuh.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version