Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

SOP PKP di luar bandar masih rendah

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kadar pematuhan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan luar bandar adalah rendah kerana sikap ambil mudah terhadap ancaman wabak Covid-19.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan lebih giat melakukan pemantauan di kawasan luar bandar bagi memastikan penduduk di lokasi berkenaan mematuhi SOP.

“Berdasarkan maklumat diperolehi, kami mendapati kadar pematuhan di kawasan luar bandar rendah mungkin kerana sikap penduduk di lokasi terbabit yang tidak memandang serius ancaman wabak Covid-19.

“Justeru itu, kita meminta bantuan daripada Jabatan Penerangan untuk memberi hebahan kepada penduduk sempat di kawasan luar bandar selain hebahan dibuat oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tahap mental pegawai dan anggota polis yang bertugas sepanjang tempoh PKP sejak tahun lalu, Acryl berkata, pihaknya tidak boleh merasa letih dengan tugasan mereka.

“Kita tidak boleh letih kerana virus Covid-19 pun tidak letih. Apa yang dilakukan kami bukan sahaja untuk masyarakat tetapi juga untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat dalam menjamin keselamatan kesihatan mereka.

“Sentimen sebegitu (letih) perlu dibuang jauh-jauh. Sekiranya kami rasa letih, ia bererti kita tewas. Kita perlu sama-sama bantu sistem kesihatan negara supaya masih mampu untuk terus beroperasi.

“Kami akan terus memberi perkhidmatan kerana tiada istilah letih dalam melaksanakan tugasan ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Exit mobile version