Southampton bangkit atasi Palace

SOUTHAMPTON: Danny Ings meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 Southampton ke atas Crystal Palace.

Ia adalah perlawanan pertama Southampton selepas terselamat daripada penyingkiran apabila kekalahan Fulham di tangan Burnley meletakkan The Cottagers di tangga ketiga tercorot dan terakhir untuk ke Liga Kejuaraan musim depan.

Ia juga adalah kemenangan pertama Southampton dalam enam perlawanan yang melonjak mereka ke tangga 14 liga.

Bagaimanapun Palace terlebih dulu membuka jaringan di St Mary’s menerusi gol minit kedua Christian Benteke.

Namun Ings, yang kembali cergas selepas berehat dua perlawanan akibat masalah hamstring, menyamakan kedudukan pada minit ke-19 sebelum meledak gol liga ke-11 dirinya musim ini untuk kemenangan Southampton. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.