SPM 2020: GPN terbaik sejak 2016 [METROTV]

[email protected]

Kuala Lumpur: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, GPN 2020 merekodkan 4.80 lebih baik berbanding 4.86 pada tahun 2019.

Katanya, jurang pencapaian calon antara luar bandar dan bandar juga mencatatkan penurunan kepada 0.38 mata, berbanding 0.44 mata pada tahun sebelumnya.

“Dari segi prestasi mata pelajaran tahun 2020, sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan peningkatan, 39 menurun serta satu mata pelajaran kekal seperti tahun 2019.

“Bagi prestasi mata pelajaran teras pula, lima subjek iaitu Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan, manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menurun,” katanya dalam sidang media pengumuman keputusan SPM 202 secara maya, hari ini.

Menurut beliau, peratusan calon layak menerima sijil tahun 2020 juga lebih baik dengan peningkatan 1.96 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pada tahun 2020, calon layak dapat sijil SPM ialah 88.68 peratus lebih tinggi berbanding 86.72 peratus tahun 2019.

“Selain itu, calon berkerperluan khas (CBK) layak menerima sijil SPM juga menunjukkan peningkatan iaitu 68.22 peratus berbanding 61.34 peratus pada 2019,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.