Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

SPRM tahan guru besar salah guna duit zakat

[email protected]

Klang: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang guru besar sekolah kebangsaan yang disyaki menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri, membabitkan salah guna sumbangan wang zakat.

Sumber SPRM memberitahu lelaki yang berusia 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang kira-kira 4 petang, hari ini.

Difahamkan, penjawat awam itu ketika bertugas di sebuah sekolah di negeri ini menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah itu bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat daripada sebuah bank berjumlah kira-kira RM70,000 untuk bantuan anak-anak asnaf.

Bagaimanapun sumber berkata, wang sumbangan zakat itu telah digunakan bagi kegunaan diri beliau sendiri.

Menurut sumber itu, lelaki berkenaan yang kini bertugas di sebuah sekolah lain di Selangor akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada 9 pagi esok untuk permohonan reman.

Pengarah SPRM Negeri Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.