Sri Lanka berdepan bencana laut akibat kapal terbakar

NEGOMBO, SRI LANKA: Sri Lanka berdepan krisis pencemaran laut terburuk apabila bertan-tan sisa plastik daripada kapal kontena yang terbakar mula terdampar ke daratan, kata Pegawai Kanan Alam Sekitar hari ini.

Nelayan juga dilarang mendekati pesisiran pantai sepanjang kira-kira 80 kilometer berhampiran kapal MV X-Press Pearl yang didaftarkan di Singapura berikutan operasi memadamkan kebakaran antarabangsa yang memasuki hari ke-10.

“Masih kelihatan asap dan percikan daripada kapal itu. Bagaimanapun, keadaan kapal stabil dan masih berlabuh,” kata jurucakap tentera laut, Kapten Indika de Silva kepada AFP.

Pihak berkuasa semakin bimbang berikutan jutaan palet ‘polyethylene’ mula hanyut ke pesisiran pantai dan dikhuatiri mengancam kawasan pembiakan ikan.

Pinggir laut yang terjejas adalah kawasan yang terkenal dengan ketam dan udang serta pantai pelancongannya.

“Ini mungkin pencemaran pantai terburuk dalam sejarah kita,” kata Ketua Lembaga Alam Sekitar dan Perlindungan Laut (MEPA) Sri Lanka, Dharshani Lahandapura.

Ribuan anggota tentera dan keselamatan dalam pakaian hazmat membersihkan pantai sampah plastik dan serpihan lain daripada kapal yang terbakar pada 20 Mei lalu.

Kesan terhadap paya bakau, lagun dan hidupan liar laut di wilayah itu sedang dinilai.

Mata pencarian nelayan kini berisiko berikutan pihak berkuasa bimbang berlaku kebocoran tumpahan minyak, selain pencemaran akibat 25 tan asid nitrik, natrium hidroksida, pelincir serta bahan kimia lain Kapal X-Press Pearl dikesan ketika menunggu memasuki pelabuhan Colombo dan masih berlabuh di luar pelabuhan terbabit, dengan 25 anak kapal diselamatkan selepas berlaku letupan pada kapal berkenaan.

Empat kapal India membantu tentera laut Sri Lanka untuk mengawal kebakaran dengan dua kapal mengendalikan tumpahan minyak, kata pegawainya.

Operasi penyelamat diketuai oleh syarikat Belanda SMIT, yang telah menghantar kapal tembak pakar.

Kebakaran di kapal tangki New Diamond mengambil masa lebih daripada seminggu untuk dipadamkan dan meninggalkan tumpahan minyak sepanjang 40 kilometer.

Sri Lanka menuntut pemilik membayar AS$17 juta (RM70.27 juta) untuk kerja pembersihan. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.