Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-U89Zx0.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-U89Zx0.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Sri Lanka bersedia hadapi tumpahan minyak

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka kini bersiap sedia menghadapi bencana lebih buruk selepas kapal kargo yang terbakar kini hampir karam di pelabuhan utama Colombo.

Lembaga Perlindungan Persekitaran Laut kini menyediakan bahan penakung minyak, pelampung penyekat dan alat penyejat jika berlaku kebocoran dari MV X-Press Pearl, yang masih mempunyai hampir 350 tan minyak dalam tangkinya.

Kapal itu terbakar selama 13 hari di pantai barat pulau itu, menyebabkan bencana alam maritim terburuk di negara itu, yang mencemarkan kawasan pantai dengan sejumlah besar sisa plastik.

Jurucakap Angkatan Laut Sri Lanka, Indika de Silva, berkata kapal itu kini makin tenggelam dan pegawai penyelamat bimbang akan berlaku krisis ekologi yang lebih buruk jika minyak kapal itu bocor serta mencemari Lautan Hindi.

“Belum ada kebocoran minyak dari kapal, namun kita sudah membuat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku tumpahan yang akan menyebabkan senario lebih terburuk.

“Angkatan Laut Sri Lanka meminta bantuan tambahan dan kini sebuah kapal pengawal pantai India berada di daerah itu membawa peralatan untuk mengatasi tumpahan minyak dan menyekatnya dari sampai ke pantai,” katanya.

Pengendali MV X-Press Pearl dari Singapura memaklumkan, kapal itu akan terus tenggelam secara perlahan-lahan selepas pelbagai usaha menundanya ke tempat lebih jauh dari kawasan pantai semalam gagal.

“Kapal pengiring X-Press… dapat mengesahkan bahawa bahagian belakang kapal berada di dasar laut pada kedalaman kira-kira 21 meter dan bahagian depan akan tenggelam perlahan-lahan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Tentera Laut Sri Lanka memaklumkan kemudi haluan kapal masih berada di atas garis air .

De Silva memaklumkan, walaupun dasar kapal berada dalam air, bahagian dek kapal dan jambatan masih bersambungan dan tidak terkena air.

Beliau memberitahu, tidak ada tanda-tanda kebocoran minyak dari bunker kapal itu, namun ada tompokan minyak jelas kelihatan dekat pantai Negombo, kira-kira 40 kilometer dari Colombo, walaupun tidak jelas sama ada dari kapal itu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.