Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Sri Pahang, Selangor kongsi mata

[email protected]

Kuantan: Penyerang Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff muncul penyelamat pasukan itu apabila jaringan pada minit-minit akhir perlawanan berjaya mengikat Selangor FC 2-2 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, tuan rumah menyenaraikan tiga pemain import baharu, Abubakar Yakubu, Manuel Hidalgo dan Athiu Kenjok sebaik jendela perpindahan dibuka.

Kehadiran tiga pemain import itu menyaksikan perubahan terutama di bahagian serangan dan tengah.

Namun, Selangor yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang pada pusingan pertama Liga Super terlebih dahulu memberi ancaman apabila Ahmad Danial Ahmad Asri hampir menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola terkena palang gol pada minit ke-23.

Dua minit kemudian, perlawanan terhenti kira-kira 10 minit apabila satu daripada empat lampu terpadam.

Sebaik perlawanan bersambung, peluang terbaik tuan rumah pula hadir menerusi sepakan percuma pemain import baharu dari Argentina, Hidalgo tetapi bola terkena palang pada minit ke-31.

Tiga minit bersambung babak kedua, Hidalgo menceriakan pasukan itu apabila menjaringkan gol pendahuluan selepas menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Pada minit ke-76, penyerang lawan, Hein Htet Aung menyamakan kedudukan 1-1 selepas Helmi Eliza Elias gagal menyelamat gawang daripada dibolosi. Penyerang berbisa Selangor, Ifedayo Olusegun meledak gol kedua buat skuadnya tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Selepas itu, pemain pertahanan Selangor, Shahril Nazeem Zulpakar dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan selepas mengutip dua kad kuning.

Pada minit-minit akhir perlawanan, Abdul Malik muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 untuk memastikan Sri Pahang mencatat keputusan seri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.