Sterling ceria meledak di Wembley

LONDON: Raheem Sterling berkata dia tahu akan menamatkan badi bersama England di kejohanan utama apabila diberi peluang dekat Wembley selepas meledak gol kemenangan 1-0 mengatasi Croatia.

Sterling membesar di bawah bayangan Wembley dan membalas keputusan Gareth Southgate terus memberikan keyakinan terhadapnya dengan gol tunggal perlawanan selepas hampir sejam perlawanan.

“Saya sentiasa katakan jika saya bermain di Wembley dalam kejohanan utama, saya akan menjaringkan gol. Saya perlu menjaringkan gol di gelanggang sendiri dan saya gembira melakukannya.”

Jaringan Sterling memastikan England menang perlawanan pembukaan kumpulan Kejohanan Eropah buat pertama kali dalam 10 cubaan.

Tempat pemain berusia 26 tahun itu berdepan ancaman daripada Jack Grealish dan Marcus Rashford selepas musim yang mengecewakan bersama Manchester City.

“Banyak sebab kenapa saya tidak menjaringkan gol bersama kelab saya, tapi ia tidak lagi relevan, saya kini bersama paasukan kebangsaan,” kata yang melakukan penampilan ke-13 dalam kejohanan utama.

“Ia musim yang panjang buat saya, tapi saya tidak sabar untuk ke sana.” – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.