Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Suami isteri disyaki dera kanak-kanak 10 tahun ditahan

Kedua-dua suspek ditahan pada 4.10 petang semalam selepas polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 9.45 pagi.

PETALING JAYA: Polis menahan pasangan suami isteri berusia 34 dan 35 tahun selepas disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Felda Raja Alias Empat, Jempol semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata, mangsa dipercayai dipukul oleh isteri suspek menggunakan rotan sehingga luka dan berbirat di bahagian badan selepas mangsa membaling batu ke rumah orang.

Kedua-dua suspek ditahan pada 4.10 petang semalam selepas polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 9.45 pagi, katanya.

Difahamkan, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan tinggal bersama kedua suspek selepas kematian ibu bapanya.

“Suspek lelaki adalah abang kandung berlainan bapa kepada mangsa,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Kata Chang Hook, mangsa sebelum ini dipercayai pernah dipukul oleh abangnya itu kerana disyaki mencuri duit pada bulan puasa baru-baru ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut dan kedua-dua suspek akan direman hari ini, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version