Sudah 4 Tahun Berkahwin, Namun Bintang Tiktok Terkenal Bella Poarch Bakal Bercerai

Bintang TikTok, Bella Poarch sering mempamerkan sisi kehidupannya kepada 92 juta pengikutnya, namun tiada siapa tahu bahawa dia sudah berkahwin dan merahsiakan dengan sempurna sehingga kini. Bagaimanapun, dia telah memfailkan perceraian.

Menurut dokumen undang-undang yang diperoleh TMZ,  Denarie Poarch, atau dikenali sebagai Bella, memfailkan dokumen di Los Angeles County untuk menamatkan perkahwinannya selama hampir 4 tahun dengan Tyler Poarch.

Via NME

Bintang TikTok itu menyatakan bahawa “perbezaan yang tidak dapat didamaikan” merupakan salah satu punca sebagai sebab untuk dia bercerai. Berita berkenaan mengejutkan peminat kerana Bella tidak pernah bercakap secara terbuka mengenai perkahwinannya itu apatah lagi berkongsi gambar suaminya di media sosial.

Apa yang menariknya tiada gambar atau video pasangan itu di laman TikTok atau IG Bella dan nampaknya tidak ada gambar dia memakai cincin perkahwinan. Menerusi dokumen sama, pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata dan Bella enggan membayar ganti rugi kepada Tyler ekoran dia memfailkan penceraian.

Makluman, Bella Poarch merupakan seorang penyanyi Filipina-Amerika dan influencer di media sosial. Pada 17 Ogos 2020, dia mencipta video paling disukai di TikTok, di mana dia menyegerakkan bibir kepada lagu “M to the B” oleh penyanyi rap Britain, Millie B yang menjadi viral dan sekaligus menaikkan nama beliau di seluruh negara.

The post Sudah 4 Tahun Berkahwin, Namun Bintang Tiktok Terkenal Bella Poarch Bakal Bercerai appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.