Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Gk6o1V.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Gk6o1V.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Suspek tikam polis wanita Perancis diberkas

LA CHAPELLE-SUR-ERDRE: Polis Perancis hari ini menahan seorang lelaki yang disyaki mencederakan seorang polis wanita di barat Perancis.

Sumber polis memaklumkan, suspek yang masih bersenjata, melarikan diri sejak serangan di La Chapelle-sur-Erdre, dekat kota Nantes.

Sehubungan itu, katanya, seramai 80 pegawai polis dikerahkan untuk memburu suspek.

Stesen BFMTV berkata suspek mengambil senjata api polis wanita terbabit sebelum melarikan diri dan meninggalkan mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat ditikam.

Pihak berkuasa berkata, tiga pegawai polis Perancis cedera, masing-masing di tangan dan lengan ketika cuba menahan suspek.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, yang dimaklumkan dalam perjalanan ke lokasi kejadian berkata suspek disyaki individu yang menikam polis wanita berkenaan sebelum ini.

La Chapelle-sur-Erdre ialah kota kecil dengan 20,000 penduduk yang terletak di utara Nantes, dekat pesisir Atlantik Perancis.

Serangan itu difahamkan berlaku pada hari sama Menteri Kehakiman, Eric Dupond-Moretti, menggesa hakim Perancis lebih tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah kerana menyerang pasukan polis.

Beliau berkata, semua kes keganasan sedemikian sepatutnya dibicarakan di mahkamah jenayah. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.