ROM: Pemain remaja Poland, Iga Swiatek mudah menundukkan pilihan kesembilan dari Republik Czech, Karolina Pliskova 6-0, 6-0 untuk memenangi saingan Terbuka Itali di sini, sebentar tadi.
Pemain berusia 19 tahun yang juga penyandang Terbuka Perancis itu hanya mengambil masa selama 45 minit untuk menjinakkan juara Terbuka Rom 2019, genap dua minggu sebelum tampil mempertahankan kejuaraannya di Roland Garros.
Swiatek yang kini menduduki ranking ke-15 dunia, kini memenangi kejuaraan WTA ketiga sepanjang kerjayanya selepas memenangi Terbuka Perancis tahun lalu dan Terbuka Adelaide pada Januari.
– AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Berita Harian