Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Tabung Perwira Covid-19 sasar RM1 juta

[email protected]

Kuala Lumpur: Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) menyasarkan RM1 juta menerusi Tabung Perwira Covid-19 3.0 (TPC 3.0) yang dilancarkan, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Sufian Awang Piut berkata, menerusi dana sasaran itu, RM300,000 sudah diagihkan kepada dua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melalui projek bantuan awal pembelian peralatan kesihatan dan perubatan.

“Pelaksanaan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun lalu pastinya memberi kesan kepada golongan B40 dan peniaga kecil.

“Sehubungan dengan itu, Aman Palestin tampil dengan TPC 3.0 ini bagi mengurangkan beban golongan yang terkesan ini selain menyokong usaha petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya ketika sidang media secara siaran langsung menerusi Facebook Aman Palestin di sini, hari ini.

Menurutnya, dana itu juga bakal memanfaatkan 5,000 keluarga dari golongan B40 di seluruh negara terutama yang menetap di Selangor.

“TPC 1.0 dan 2.0 yang kami lancarkan sebelum ini mendapat sambutan amat menggalakkan dengan jumlah sumbangan RM750,000 berjaya dikumpul dan diagihkan kepada penerima.

“Antara bentuk bantuan termasuklah pek makanan kepada 2,500 keluarga yang memerlukan, peralatan perubatan kepada hospital-hospital, komputer riba kepada 180 pelajar miskin terpilih serta sanitasi dan termometer kepada 18 buah premis terpilih,” katanya.

Awang Sufian berkata, pihaknya menyeru orang ramai menyalurkan sumbangan wang ke TPC 3.0 ini supaya dapat sama-sama membantu rakyat yang terkesan dalam pasca pandemik ini.

“Aman Palestin tidak hanya mengirimkan bantuan kepada saudara Islam kita di Gaza, Syria dan Yaman.

“Sebaliknya, kami turut menyantuni rakyat negara kita yang terkesan sejak pandemik bermula Mac tahun lalu menerusi program-program yang diatur Kelab Perwira Malaysia,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada kempen-kempen Aman Palestin boleh layari laman sesawang www.jommenyumbang.com untuk memudahkan urusan perbankan dalam talian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.