Tahan sakit kaki tersepit dalam lubang tandas

[email protected]

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas rumahnya di Taman Bendahara, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Ahli keluarga mangsa menghubungi pihak bomba di talian kecemasan untuk memohon bantuan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.50 tengah hari semalam.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba membuat ‘size up’ dan mendapati kaki mangsa berusia 11 tahun tersepit dalam lubang tandas. Kaki mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas jam 2.20 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh anggota bomba kerana mengalami luka pada kakinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.