TAITRA terajui usaha pemain ICT Taiwan ke Malaysia, Brunei

KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) diberi mandat oleh Kementerian Luar Negeri untuk menganjurkan Persidangan dan Seminar Online Industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik pada 25 Mei ini bagi mempromosikan kerjasama perindustrian dalam bidang industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) antara Taiwan dan Malaysia, Brunei, New Zealand serta Australia.

Di samping penyertaan pemimpin industri ICT daripada negara berkaitan dan 20 pembeli berpotensi yang lain, persidangan itu akan turut membabitkan 12 perniagaan ICT Taiwan terkemuka yang meraih Anugerah Kecemerlangan Taiwan.

TAITRA dalam kenyataan berkata, syarikat berkenaan termasuklah firma internet semua benda (IoT) dan aplikasi pintar Advantech, syarikat peralatan komunikasi rangkaian D-LInk, penyedia solusi pembelajaran dan pendidikan dalam talian AVer Information, penyedia solusi pemantauan pengawasan Vivotek dan penyedia solusi streaming video CyberLink yang telah mengendalikan lebih daripada 50,000 seminar secara dalam talian.

Industri ICT Taiwan sememangnya berada pada kedudukan yang unik untuk mengeksport pelbagai teknologi dan produk lantaran rangkaian bekalan yang meluas dan peluang industri yang serba lengkap.

Biarpun kini pandemik COVID-19 terus melanda dunia, solusi integrasi pelbagai industri ditunjangi oleh teknologi penting seperti IoT, data besar dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) terus mempamerkan kemajuan.

Malah sistem ini akan terus mengubah gaya hidup dan operasi industri di pelbagai negara. Apatah lagi, industri ICT Taiwan sentiasa melakar pelbagai kemajuan biarpun negara berkenaan tidak terkecuali daripada penularan pandemik.

“Walaupun berhadapan pandemik, nilai eksport elektronik Taiwan mencapai rekod AS$49.1 bilion tahun lalu sekali gus menandakan perkembangan tahunan 15.4 peratus,” kata Pengarah Taiwan Trade Center Inc. Kuala Lumpur, Eva Peng.

Beliau menambah, antara Januari hingga Mac 2021, nilai eksport pula mencatatkan AS$17.9 bilion.

“Statistik berkenaan mewakili pertumbuhan sebanyak 31.2 peratus dibandingkan tempoh yang sama pada 2020. Menerusi ekonomi bebas dan ekosistem berkaitan yang terus berkembang, potensi industri berkenaan juga akan terus memperlihatka

pertumbuhan,” katanya.

 

Seminar ini akan membantu pembeli berpotensi dalam pasaran Asia Pasifik memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai industri ICT di Taiwan. Ini juga akan memberi ruang yang lebih luas kepada pembeli untuk mempromosikan produk yang berkaitan dari Taiwan ke pasaran Malaysia, Brunei, New Zealand, dan Australia.

Penganjuran seminar industri teknologi maklumat dan komunikasi dalam talian ini, diharapkan dapat mendorong pelaburan dan membina kerjasama antara industri teknologi maklumat dan komunikasi Malaysia dan Taiwan.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.