Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Tajuddin dikompaun RM1,500

[email protected]

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Tajuddin sudah dikembalikan dari pejabat Jabatan Peguam Negara, semalam.

“Susulan itu, beliau dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021.

“Kesalahan gagal memakai pelitup muka itu dilakukan semasa mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan membabitkan tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC), di sini, seperti disyaratkan dalam SOP PKP yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tawaran kompaun RM1,500 itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Orang ramai dinasihatkan supya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka, yang tular di media sosial, pada 25 Mei lalu.

Kejadian itu berlaku ketika beliau mengadakan sidang media selepas meninjau kemalangan tren di stesen LRT KLCC, hari sama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.