Tajuddin dipanggil SPRM semalam

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk membantu siasatan, semalam.

Sumber SPRM ketika dihubungi BH berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak itu dipanggil SPRM berhubung kes membabitkan Prasarana tetapi enggan mengulas lanjut.

SPRM dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu hari ini.

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan serta-merta kelmarin, selepas Menteri Kewangan (Diperbadankan) mengeluarkan surat penamatan perkhidmatannya.

Surat bertarikh 26 Mei itu ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Dimaklumkan Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju perkhidmatan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Semalam, polis selesai merakam keterangan Tajuddin yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak memakai pelitup muka dalam satu sidang media, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata selain Tajuddin, pihaknya turut merakam keterangan empat lagi individu bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.