Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-oaNeJN.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-oaNeJN.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Tajuddin hadir ke IPD Dang Wangi

[email protected]

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan, hari ini.

Kereta Mercedes Benz berwarna perak dinaiki Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat memasuki perkarangan IPD Dang Wangi pada jam 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, semalam memaklumkan Tajuddin akan hadir hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu sidang media, baru-baru ini.

Ssiasatan dijalankan susulan tular rakaman video sidang media Tajuddin yang hanya mengenakan pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Susulan itu, katanya polis membuka satu kertas siasatan, kelmarin mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkutan) 2021.

Ia bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya, sama ada dikenakan kompaun atau dituduh di mahkamah.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, turut hadir ke IPD Dang Wangi hari ini untuk dirakam keterangan berhubung ciapan di Twitter berhubung tindakan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika sidang media berkenaan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu tiba di IPD berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari dan berada di situ untuk proses dirakam keterangan selama satu jam setengah.

Mohamad Zainal mengesahkan Syed Saddiq dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan polis.

Lebih 20 petugas media menunggu kehadiran Tajuddin di luar IPD Dang Wangi sejak jam 1 tengah hari tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.