Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Tak benar dikompaun kerana memandu sebelum 8 pagi, kata polis

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharuddin Mat Taib, berkata tiada SOP yang melarang kenderaan berada di jalan raya sebelum 8 pagi dan selepas 8 malam.

PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan pemandu dikompaun sebelum 8 pagi kerana tiada SOP melarang kenderaan berada di jalan raya sebelum waktu itu dan selepas 8 malam.

Have you seen this video?

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharuddin Mat Taib, berkata polis mengesan satu klip video tular sejak pagi tadi yang memaparkan perbualan polis trafik dengan seorang pemandu kereta di sekatan Jalan Persiaran Anggerik Eria, Seksyen 31, Shah Alam.

Dalam perbualan itu, anggota terbabit bertanyakan surat pergerakan dan tujuan pemandu ketika melakukan sekatan jalan raya bergerak, Op Pelbagai Kesalahan Lalu lintas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 di lokasi tersebut.

“Anggota itu juga menerangkan SOP pergerakan PKP dan tidak mengeluarkan sebarang kompaun kepada pemandu berkenaan,” katanya dipetik Bernama dalam kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata, 78 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam operasi yang bermula 7 hingga 9.30 pagi itu.

“Turut dikeluarkan satu kompaun PKP bawah Peraturan 17 (3) (No 5) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Ketika Pelaksanaan PKP kepada sebuah kenderaan persendirian yang membawa penumpang melebihi had dibenarkan.”

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version