Tak mengaku cederakan bapa dengan parang

[email protected]

Kuala Terengganu: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan tangan kanan dan kaki kiri bapanya menggunakan sebilah parang.

Tertuduh, Mohd Firdaus Che Lah, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa, Che Lah Awang, 78, dengan menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Marang, jam 9 pagi pada 1 Mei lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) itu boleh dihukum mengikut Seksyen 326A KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Nooriah menetapkan 2 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan.

Dalam kejadian itu, mangsa mengejutkan tertuduh yang sedang tidur di ruang tamu sambil memberi nasihat kepadanya supaya tidak terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Tertuduh yang terjaga kemudian mengambil sebilah parang lalu melibas senjata itu ke arah mangsa menyebabkan warga emas itu cedera di tangan kanan dan kaki kiri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.