Tak perlu PKP menyeluruh di KL

[email protected]

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di ibu kota tidak akan diadakan secara menyeluruh, sebaliknya boleh dilaksanakan secara bersasar mengikut sistem Hotspots Identification for Dynamic Engangement (HIDE).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya tidak akan memohon pelaksanaan PKP di Kuala Lumpur secara menyeluruh dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana kegiatan ekonomi di ibu kota perlu terus berjalan.

“Setakat ini belum ada keperluan untuk PKP menyeluruh di Kuala Lumpur namun PKP secara bersasar akan dipertimbangkan berdasarkan data melalui sistem HIDE.

“Kalau sistem HIDE kata kawasan tertentu boleh menimbulkan penularan yang besar, maka kawasan itu perlu dikenakan PKP.

“Kita ada pendekatan sendiri untuk mengawal COVID-19 tetapi segalanya kita rujuk dengan MKN,” katanya kepada pemberita pada Majlis Prihatin Ramadan Media, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima BHd (Media Prima), merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Interim New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mustapha Kamil Mohd Janor.

Annuar berkata mengulas pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang berkuatkuasa esok hingga 17 Mei ini.

Pada masa sama, Annuar berkata, pihaknya juga mahu aktiviti sosial di ibu kota dikurangkan untuk memastikan penularan COVID-19 dikawal namun pada masa sama ekonomi mampu terus berjalan.

Sehubungan itu, katanya semua pihak harus bekerja keras untuk memastikan ibu kota ‘bebas’ dari dikuatkuasakan PKP dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk ketika membeli keperluan Raya di di bazar Aidilfitri.

“Banyak kegiatan ekonomi di Kuala Lumpur yang dibenarkan tapi peningkatan terhadap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) mesti digandakan. Kita tidak mahu aktiviti ekonomi terganggu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.