Tak perlu surat kebenaran tambahan

[email protected]

KUALA LUMPUR: Pemandu dan kelindan bas ekspres, lori serta kenderaan komersial yang lain di bawah kategori perkhidmatan tidak perlu surat kebenaran tambahan untuk melakukan perjalanan merentasi negeri.

Sebaliknya mereka hanya perlu memohon surat kelulusan dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT).

MOT dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, surat kelulusan diperlukan adalah yang dikeluarkan oleh kementerian itu sahaja menerusi sistem SMILE.

“Pemandu dan kelindan bas ekspres, lori serta kenderaan komersial yang lain di bawah kategori perkhidmatan perlu hanya perlu memohon surat kelulusan MOT melalui sistem SMILE jika perlu melakukan perjalanan antara negeri.

“Pemegang surat kelulusan MOT tidak memerlukan surat kebenaran tambahan yang lain bagi perjalanan antara negeri sepanjang tempoh PKP 3.0 atau sekatan pergerakan penuh Fasa Pertama mulai 1 hingga 14 Jun depan,” jelas MOT.

SMILE adalah sistem yang dikhususkan untuk syarikat dalam sektor logistik dan pengangkutan komersial termasuk udara dan air, perkhidmatan kurier serta gudang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, MOT menasihati pekerja berkenaan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Seperti biasa, MOT menggesa seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP yang ketat seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” kata kenyataan MOT.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.