Tak sempat elak lembu

[email protected]

Rawang: Dua pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaan mereka melanggar lembu dalam kemalangan di Kilometer 26.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dari arah Kuala Selangor menghala Rawang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kemalangan 9.44 malam itu dipercayai berlaku ketika lelaki berusia 56 tahun memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam perjalanan dari Sungai Buloh menghala ke Rawang.

“Semasa dia memandu di lorong kiri di lokasi kejadian, terdapat sekumpulan lembu berada di tengah jalan dan dia menekan brek untuk mengelak, namun tidak sempat lalu terlanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan.

“Kemudian datang sebuah lagi kereta dipandu seorang berusia 38 tahun dari arah belakang cuba mengelak dengan membelok ke kanan, namun tidak sempat lalu terlanggar seekor lagi lembu yang turut berada di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati permukaan jalan basah kerana hujan lebat.

“Lokasi kejadian gelap serta tidak mempunyai sebarang lampu jalan. Kedua-dua kenderaan berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes itu disiasat mengikut Rule 10 LN166/59,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.