Tak sempat tuntut pusaka ibu RM3.65j

Oregon: Sungguh memilukan, seorang wanita gelandangan Amerika Syarikat yang selama ini hidup merempat di jalanan tidak sempat menuntut wang pusaka ibunya bernilai AS$884,000 (RM3.65 juta).

Ia selepas wanita bernama Cathy Boone itu meninggal dunia Januari tahun lalu akibat masalah pernafasan.

Boone dibesarkan ibunya di Portland sebelum berpindah ke Astoria selepas kedua orang tuanya berpisah.

Ketika ibunya meninggal dunia pada 2016, wakil pengurusan harta pusaka cuba menjejaki Boone termasuk mengiklankan di akhbar serta mengupah penyiasat peribadi namun gagal.

Ia menyebabkan harta peninggalan ibunya tidak dituntut dan dipindahkan ke bank negara.

“Tidak banyak dapat kami bantu selepas usaha selama lebih setahun dilakukan tidak membuahkan hasil.

“Kes ini sangat unik dan kami bersimpati dengan keluarga,” kata jurucakap agensi yang menguruskan harta pusaka Oregon, Claudia Ciobanu dalam portal New York Post yang memetik laporan KGW News.

Sementara itu, bapanya, Jack Spithill berkata, dia kesal dengan nasib menimpa anak perempuannya yang sebelum ini menjalani hidup sukar selepas terbabit penyalahgunaan dadah dan kesihatan mental.

Katanya, dia tidak mengetahui sama ada anaknya itu sedar harta peninggalan bekas isterinya itu.

“Sungguh tak masuk akal. Wang itu ada di sana dan dia sangat memerlukannya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.