Baku: Tandukan pemain tinggi lampai, Kieffer Moore membolehkan Wales bangkit daripada ketinggalan sebelum seri 1-1 menentang Switzerland pada perlawanan Kumpulan A Euro 2020 di Baku, hari ini.
Moore menanduk masuk pada minit ke-74, sekali gus memadam kelebihan Switzerland menerusi tandungan Breel Embolo, sebaik babak kedua bersambung.
Dalam perlawanan kumpulan sama di Rome, semalam, tuan rumah Itali menewaskan Turki 3-0.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Harian Metro