Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-9PjXWq.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-9PjXWq.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Tangani Covid-19 dengan maklumat jelas, selain program vaksinasi, kata MCA

Pengerusi Biro Penerangan MCA, Chan Quin Er, berkata rakyat keliru dengan pelaksanaan SOP yang didakwa menguntungkan pihak swasta.

PETALING JAYA: Selain melaksanakan program pemberian vaksin kepada rakyat, kerajaan perlu memberikan maklumat yang lebih jelas dalam usaha negara melawan Covid-19.

Pengerusi Biro Penerangan MCA, Chan Quin Er, berkata rakyat resah dan keliru dengan cara kerajaan menangani Covid-19 walaupun pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kini masuk fasa ketiga.

“Namun, dalam kesamaran ini, apakah yang boleh menyelamatkan kita? Kita memerlukan maklumat yang sahih, telus, dan tepat.

“Maklumat amat penting pada masa ini untuk memberi penjelasan dan membantu masyarakat memahami situasi sebenar,” katanya dalam kenyataan.

Chan berkata, sebagai contoh, bagi mencapai imuniti berkelompok Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sekurang-kurangnya 70% penduduk divaksinasi menjelang akhir tahun ini.

Katanya, mesej itu perlu disampaikan secara menyeluruh dan salah satu cara untuk menjadikannya lebih jelas adalah dengan mempamerkan statistik kadar vaksinasi harian secara langsung, serta garis masa pembekalan vaksin.

“Dedahkan kekangan yang dihadapi negara dalam mencapai sasaran 70% imuniti berkelompok, sama ada disebabkan masalah pembelian atau keengganan rakyat menerima vaksin.

“Maklumat seperti ini mampu memberi satu pandangan yang komprehensif. Lebih ramai yang memahami situasi dengan jelas, maka lebih ramai juga yang berupaya terlibat dalam membantu menyelesaikan masalah,” katanya.

Selain itu, katanya rakyat juga keliru dengan pelaksanaan SOP yang didakwa menguntungkan pihak swasta.

Chan berkata,ia dapat diselesaikan dengan memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat.

“Maklumat yang jelas membantu kita bersikap jujur dan bertanggungjawab. Keyakinan tinggi adalah faktor utama dalam menangani Covid-19,” katanya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.