Tegur anak jiran buat bising, lelaki mati dibunuh

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata susulan kejadian itu pihaknya menahan lima individu termasuk suspek utama berusia 34 tahun, Selasa lalu.

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai dibunuh selepas menegur anak jirannya dalam kejadian di tapak pembinaan perumahan di Taman Desa Maju, Langkap, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata susulan kejadian pada 13 Mei lalu, pihaknya menahan lima individu termasuk suspek utama berusia 34 tahun, Selasa lalu.

“Pembunuhan dipercayai setelah suspek marah kerana mangsa menegur anaknya membuat bising iaitu menunggang motosikal di hadapan rumah lelaki itu.

“Mangsa dan suspek utama tinggal berjiran iaitu hanya berselang dua rumah,” katanya menurut laporan Kosmo.

Adnan berkata, susulan kejadian itu suspek dan empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun direman bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Teluk Intan esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, Seksyen 326 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Empat lelaki lain yang ditangkap bersama diberi jamin dan diikat bon bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebagai saksi pendakwaan,” katanya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.