Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
Inspire Islam

Teguran Ustazah Asma’ Harun isu Puteri Balqis Yang Tersebar

Beberapa hari lepas, pelakon remaja Puteri Balqis Azizi mendakwa beliau menjadi mangsa amang seksual oleh bapanya ketika masih kecil.

Have you seen this video?

Pengakuan tersebut yang dibuat di saluran YouTube Bros Gang TV mengundang pelbagai reaksi dan pandangan Netizen.

Susulan pengakuan tersebut, seorang pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk memberikan nasihat dan teguran

Berikut adalah beberapa komen Netizen di video Ustazah Asma’ Harun tersebut

nor akilah din:
Saya terpanggil utk memberi pndangan saya bg adik Aqish. Saya bersetuju dgn nasihat ustazah utk memaafkn kesalahan ibu bapa masa lalu utk kita hidup lebih tenang pd masa hadapan. Namun utk kes adik Aqish ni tidak patut utk kita menyalahkan dia. Aqish baru berusia 15thn. Bg saya dia belum matang dlm membuat keputusan tanpa bimbingan dewasa. Sekiranya aqish mendengar nasihat ustazah ini sebelum dia meluahkan sejarah hitam. Saya yakin Aqish takkan luahkan perkara ni. Namum siapa bersama dia utk beri nasihat seperti ini, tiada. Setiap y berlaku pasti ade hikmahnya. Saya yakin ape y berlaku sekarang semuanya atas keizinan Allah. Sekiranya Allah tak membenarkan ia takkan berlaku. Saya bersimpati pd adik Aqish, kesan y akan dia lalui pd masa depan nanti. Ustazah ade ckap Allah takkan menganiayai hambaNya mungkin inilah masanya Allah nk menghukum bapa Aqish.

archer_ji:
Andai budak tu tak cerita dkt brosgang, mungkin polis pun tak bukak kertas siasatan dan budak tu pun takkan buat laporan dkt polis. Saya sndiri pun tk expect budak tu akan cerita pasal bapak dia. Igtkan dia ada masalah lain yg jadi penyebab dia jadi mcm tu. Mmg terkejut besar jgklah dgr pengakuan tu. Saya faham, mungkin budak tu terlalu tertekan dgn apa yg berlaku pada diri dia, pandangan orang2 sekeliling terhadap dia. Bila terlalu tertekan, mungkin dia teringat perkara2 lepas yg pernah jadi dalam hidup dia. Itu yg mulut jadi ringan nak cerita. Dia manusia dan masih budak. Kurang bimbingan dari ibu bapa. Apa-pun, semua tu dah berlaku. Dah tk boleh undur. Anggap saja itu adalah suatu pengajaran utk masyarakat supaya cakna. Next adalah, apa tindakan terhadap bapa dia. Kalau betul, kena hukumlah. Itu je.

ROHANITA AHMAD:
Allahuakhbar Ustazah. Pergilah jumpa dia. Aqish baru 15 tahun. Masih terlalu muda dan tiada didikan yg sempurna. Utk melepaskan semua nya Aqish perlu ilmu, perlu bantuan, perlu amalan. Saya rasa kalau kes ni tak viral and just buat report, kes pasti ditutup. Byk sgt kes mcm ni yg di sapu bawah karpet. So pihak berkuasa dan para ilmuan, mohon bantu Aqish personally please. Dia sakit… dia trauma

Schu Yusoff:
Rasa ustazah nasihat tentang mereka yang hidup diuji dari kecil, tiada bimbingan agama dari ibu ayah, dianiaya oleh ahli keluarga sendiri. orang yang sepatutnya jadi pelindung tapi orang tu yang menghancurkan. Ambillah inti pati yang ustazah nak sampaikan iaitu maafkan masa lalu. biarpun pedih, maafkan lah. kerana setiap yang terjadi dalam hidup kita adalah aturan dari Allah s.w.t. Saya dah saksikan sendiri bertapa hikmah Allah tu terselindung dengan dugaan yang amat perit. dugaan yang buat saya hampir bunuh diri. tapi dalam masa 5 tahun Allah tunjuk sikit-sikit apa yang Dia nak bagi biler kite redha & bersangka baik pada Dia. Sampai saya cakap ‘Ya Allah maafkan aku kerana membenci ujianmu’. Adik Aqish berhak dapat pembelaan! terlalu lama dia simpan kisah hitam dia. saya harap pihak PDRM akan siasat kes ni dengan terperinci. sebab adik Aqish adalah salah seorang dari ramai lagi anak-anak yang jadi mangsa gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri. Biar mereka berani buat laporan polis tegakkan hak mereka. saya tak judge Aqish mengaibkan ayah dia sebab kalau saya berada di tempat dia mungkin saya buat benda yang sama atau mungkin lebih teruk dari itu. Cuma saya doakan adik Aqish jumpa ketenangan dan kebahagiaan dia cari. Amin YRA.

Nurain Aman:
Betul Ustazah, saya lalui lebih berat dari dia oleh orang tua kandung…namun saya selalu dipesan oleh ustazah al Quran dan pakcik yg paling saya sayang. Setiap hari pesan lepaskanlah ain lepaskan, Ampunkan abah, ampunkanlah abah, ampunkanlah abah, redhalah redhalah redhalah,.dugaan Allah swt itu ada hikmahNya. Susah ustazah, makan tahun, saya benci nak doakan org tua, namun akhirnya kuasa Allah itu Maha kuat, Allah yg lembutkan hati saya, yang rasa ikhsan pada orang tua, yg dapat menjaga mereka hingga akhir hayat, saya ngangis sayu mendoakan areah abah, Allahumma firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu dengan penuh kasihs ayang, minta Allah janganlah azah arwah abah. Rasa takut dan kasihan di alam kubur abah disana. Alhamdulillah. Saya selalu ingat tanggungjawab saya utk bantu abah di sana. Walau apapun sesakit apapun, sesiksa apapun, mereka orang tua kami. Tak akan ada galah ganti melahirkan kami. Selain itu antara orang tua kami dengan Allah swt. Kita jadilah anak yg soleh. InsyaAllah

Untuk lebih mengenai Ustazah Asma’ Harun di Neotizen News, Klik SINI

Read More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version